Semuanya Sudah Berakhir

 BDD members (seksyen ex-poli + ex-dip)

Semuanya sudah berakhir, test, kuiz, assignment, final, projek dan tesis. Tapi aku untuk sem ni je, aku ada lagi sem depan, yang sedihnya membe-membe aku dah abis, lepas ni takde lah sape nak ajak aku pegi mana-mana, dengan housemate baru ar lak. 3tahun bersama dengan diorang, macam-macam memori, memang susah nak lupe. Diorang pun lepas ni dah masuk alam pekerjaan. Aku?? 30.5.2011 ni aku start praktikal tapi bulan 9 aku kene masuk balik, and then baru abis.

 Sesi makan-makan

Macam entri aku Kisah pendaki gunung dan botol air, sebenarnya aku dah penat nak lalui semua ni, biarpun just tinggal 9 bulan je lagi, tapi rasa perit nak teruskan. Lambatnye. Bosan dah duduk kat sini, jauh nak balik kampung. Nak balik kampung pun dah 7 jam. Orang lain best je boleh balik tiap-tiap minggu, aku lak balik tiap-tiap cuti sem je.

 Din Palapes sedang menunjukkan aksi kepada Mat Cina

Lepas abis paper baru ni, ada lah budak-budak kelas aku nak bergambar kenang-kenangan, lepas ni susah dah nak jumpa. Tapi yang gambar aku tak taw wujud ke tak, biasanya kalau ada event apa-apa dengan budak kelas, ada je makhluk yang upload dekat facebook. Tapi entah kenapa makhluk-makhluk semua tu tak upload dalm facebook. Tak kan dah insaf kot @ dah balik kampung bersantai. Aku je dekat sini tak balik-balik.

 Sesi Bermaaf-maafan. Kira halal semua ye

Malam tu pulak ada buat bbq, memang happening gila ar, sebab dorang memang gila. hahahaha. Aku tahu korang tension study kan? Tu yang korang jadi gila. Tapi kan, ade orang cakap, alam pekerjaan lagi gila, tambah lak korang dah ada title engineer, masak ar korang. Tanggungjawab tinggi tu. Nanti pengalaman korang cerita dekat aku ye.

Ini saja bbq kami.

Apa-apa pun, aku ucapkan kepada rakan-rakan aku yang dah abis ni, gud luck untuk praktikal korang, harap-harap dapat kerja terus dekat situ. Korang dah bergelar engineer. Aku belum lagi. Sedihnya. Aku happy kenal dengan korang. Aku sayang geng-geng BDD.

 Budak-budak rumah no.18 taman universiti.



Comments

Popular posts from this blog

Rumah Atas Pokok

Asal-usul cerita hantu kak limah

47 Fakta menarik yang patut dikongsi