Nuffnang header

Apesal.com

Monday, 2 May 2011

Berita Jam 4.00 Pagi - MotoGp

 Dani Pedrosa - Repsol Honda Team

Setelah perlumbaan sengit yang panjang bersama penunggang Sepanyol, Jorge Lorenzo (Yamaha Factory Racing), Dani Pedrosa (Repsol Honda) beroleh kemenangan di Bwin Grande Premio de Portugal dan juga meraih kemenangan pertamanya di litar Estoril dalam mana-mana kelas. Ketiga adalah Casey Stoner (Repsol Honda).

 Jorge Lorenzo - Yamaha Factory Racing


Pedrosa yang baru saja menjalani pembedahan di bahu, mengekori pemimpin, Lorenzo, sehingga tiga lap terakhir, Pedrosa berjaya memintas Lorenzo di jalan yang lurus. Pedrosa berjaya menamatkan perlumbaan dengan 3 saat di hadapan Lorenzo dan mendekatkan jurang bagi gelaran Juara Dunia MotoGP dengan hanya empat mata. Kemenangan Pedrosa juga menghalang Lorenzo daripada mengekalkan rekod 4 kali kemenangan berturut-turut di Estoril.




Valentino Rossi - Ducati Team


Stoner berlumba sendirian dan menamatkan perlumbaan 7 saat di belakang rakan sepasukannya. Valentino Rossi (Ducati Team) dan Andrea Dovizioso menjadi perhatian dalam perebutan tempat ke-4. Walaubagaimanapun Pemandu Repsol Honda itu berjaya mendapatkan tempat ke-4 dengan memintas Rossi pada lap ke-4 terakhir.


sumber : motogp.com

P/S : Tensen tengok Abg Ross musim ni. Tak menjadi langsung. Asyik belakang je. Dimanakah sengat 9 kali Juara Dunia??Dimana??Adakah tahun ini, tahun bermulanya membenci Abg Ross..oh man



nak gamba lagi??tengok bawah ni.







0 ulasan:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...