Nuffnang header

Apesal.com

Friday, 6 May 2011

Jam Pacuan Rantai - Cabestan Winch Tourbillon Vertica



Semenjak dua menjak ni aku suke tengok jam. Tak kisah ar jam ape-ape pun. Tambah lak jam-jam yang rare, ketar kepala tengok. Pastu jam yang mekanikal movement, terliur beb. Tapi harga tak yah cakap ar. Ribu-riban punye. Ni lagi 1 jam yang aku jumpe, memang jadi idaman lelaki (lelaki memang tak leh lari ngan jam dan ape yang kaitan mekanikal). Aku pun geram tengok jam ni.




Jam yang amazing ni dari Perancis yang di design oleh Vianney Halter dan Jean-Fran├žois Ruchonnet. Jam ni tetap gune prinsip pembuatan jam seperti 250 tahun yang lalu. Jam ni guna sistem rantai yang sangat nipis bukan seperti jam lain yang menggunakan coil spring. Jam Cabestan ni menggunakan rantai dan fusee (winder kon, bentuknya seperti dengan cogset belakang pada basikal).



Jam Cabestan Winch Tourbillon Vertica ini adalah sangat cantik biarpun kelihatan agak pelik jika dipakai di tangan dengan rekabentuk vertical yang unik. Jam ini dibina dengan sistem roda, pinion dandrum yang mana semuanya jelas dilihat dan juga menggunakan pacuan rantai  winch fusee movement. Ia juga mempunyai 450 link rantai dan nickel silver drum. Semuanya adalah 1352 komponen yang berasingan.





 Bagaimana ia berfungsi, jam ini betul-betul menakjubkan. Bahkan ia tahan air sehingga 30 meter, dan mempunyai "meter bateri", sebuah penunjuk mekanikal memberitahu berapa baki kuasa yang tinggal bagi jam itu. Sayangnya jam ini belum ada dipasaran, dan masa tu pun aku tak taw boleh beli ke tak jam ni.


sumber : wired.com


 

4 comments:

  1. uish.. jam ape nih.. xpenah tgok.. cool gak klu pakai..hehe

    ReplyDelete
  2. hrga mhal sgt ar..2 yg jrg kte tgk..yg taw, G-shock je..2 pun dh rse mhal sgt dh

    ReplyDelete
  3. peh,tangkap leleh tengok jam macam ni.
    kalau la duit lam poket ni banyak, memang lama dah jam nie melekat kat tangan yang kosong ni.

    ReplyDelete
  4. hahahaha..yg ni hrga xpasti ar..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...