Nuffnang header

Apesal.com

Sunday, 8 May 2011

Kisah Pendaki Gunung Dan Botol Air.



Cerita ni diceritakan oleh membe aku, aku nak share sikit kat sini. Cerita ni bukan ar cerita dongeng ke, bed time story ke, tapi cerita ni just sebagai motivasi (eh,yeke?) tak pun aku leh classified kan sebagai realiti hidup sekarang. Takpe ar, korang baca je.





Kisahnye camni, andaikan korang pendaki gunung, masa dari bawah gunung lagi korang ada bawak hanya 1 botol air. Gunung yang korang nak daki tu tinggi hanya 20km. 1 km pertama, tenaga korang banyak lagi, so korang ada banyak tenaga nak bawak botol air tu. naik lagi 1km kedua, tetap sama jugak, tapi korang dah start letih.

Begitulah seterusnya bile korang dah sampai ke peringkat pertengahan. korang pun dah banyak kali sedut air dalm botol tu, so botol air tu pun dah ringan sikit. tapi korang tetap penat nak daki sampai ke puncak dengan bawak botol yang ringan. Botol air yang korang bawak tu rasa macam semakin berat, biarpun air dah kurang sebab korang dah tersangat letih. Korang rase nak campak je kat tepi hutan tu.



Kesimpulannya dari cerita aku ni, bila kita dapat satu tanggungjawab yang besar pada permulaannya kita akan bersungguh-sungguh. Kemudian, sampai satu tahap, kita akan berasa sangat penat dengan tanggungjawab kita tu, berat makin berat dan makin berat. Sampaikan kita dah tak mampu menanggung semua tu dah. Akhirnya lepas macam tu je.



Contoh korang ni student, masa korang baru tahun 1 atau 2, korang mesti semangat lagi kan. Tiap-tiap sem dekan, tapi bila korang dah masuk tahun akhir, mesti korang dah masuk sampai tahap jemu kan (tak semua orang camtu), pastu redha je ape yang terjadi, korang harap korang lepas semua je, tak kisah jadi camne pun yang penting dapat grad.

Sekarang aku pun dah masuk kategori ni, aku dah puas, aku dah penat, aku study pun sebab aku nak abiskan study aku ni. Aku dah malas. Biarpun ape yang aku dapat nanti mende yang bagus, tapi dah 3 tahun aku tanggung mende ni, mende ni semakin berat bagi aku. Semua ni adalah normal bagi semua orang, aku pun harap aku dapat bawa tanggungjawab aku ni sampai ke penghabisan biarpun berat.

2 comments:

  1. erk? cam kena batang hidung sndiri lorh..
    skunk nih x da mood nak dekan2 dah.. haha

    ReplyDelete
  2. @♥misz nana♥

    hehehe..xlarat dh nk dekan pun..brat sangat dh ni..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...