Awesome fakta tentang F1

1 - Kereta F1 terhasil daripada 80,000 komponen. Jika ia dipasang dengan 99.9% dengan betul, ia tetap boleh memulakan perlumbaan dengan 80 komponen dipasang dengan salah.

2 - Ketika pemandu F1 menekan brek pada keretanya ia mengalami kejutan atau nyahpecutan berbanding dengan kereta biasa memandu melalui dinding BATU BATA pada 300km/h.




3 - Kereta F1 boleh bergerak dari 0-160 km/h dan kembali kepada 0 km/h hanya dalam 4 saat. Enjin kereta F1 hanya bertahan selama kira-kira 2 jam di dalam perlumbaan, sebelum meletup (blow up), bagi kita mengharapkan enjin bertahan 20 tahun sebelum bertukar dengan yang baru. Ini menunjukkan enjin kereta F1 betul-betul bekerja keras untuk memperolehi kemenangan.


 

4 - Seorang pemandu F1 puratanya hilang 4kg berat badan selepas satu perlumbaan kerana pendedahan terlalu lama terhadap G-force dan suhu yang tinggi.

5 - Berat kereta F1 550kg dan ia kurang daripada separuh kereta Mini.

6 -  Untuk memberikan gambaran betapa pentingnya rekabentuk aerodinamik dan menambah daya tujah ke bawah pada kereta tersebut, pesawat kecil boleh berlepas pada kelajuan lebih rendah daripada kereta F1 di trek. Ini kerana pesawat kecil kurang daya tujah ke bawah.

7 - Tanpa daya tujah ke bawah aerodinamik, kereta lumba berprestasi tinggi mempunyai kuasa yang cukup untuk memusingkan tayar dan hilang kawalan pada 160 km/h. Biasanya halaju perlumbaan        lebih daripada 300km/.h.


8 - Di dalam perlumbaan di atas jalan raya sebenar seperti Litar Monaco, daya tujah ke bawah     menghasilkan daya yang cukup untuk menanggalkan penutup lubang bawah tanah. Justeru, sebelum perlumbaan, setiap penutup di kimpal untuk mengelakkan perkara ini berlaku. 

9 - Pengisi minyak (refuelers) yang digunakan dalam F1 boleh membekalkan 12 liter bahan api dalam 1 saat. Ini bermakna untuk mengisi tangki kereta keluarga yang purata 50 liter, hanya mengambil masa 4 saat. Pasukan F1 menggunakan rig yang sama yang digunakan untuk mengisi bahan api pada helikopter tentera Amerika pada hari ini.


10 - Top krew pit pasukan F1 mengambil masa 3 saat untuk mengisi minyak dan menukar tayar.

11 - Semasa perlumbaan, tayar kehilangan beratnya. Setiap tayar kehilangan sebanyak 0.5 kg yang disebabkan oleh kehausan.

12 - Tayar normal boleh bertahan 60,000 km hingga 100,000 km. Tayar yang direka untuk perlumbaan hanya bertahan 90 - 120 km.
  
13 - Sebuah tayar F1 yang digunakan untuk perlumbaan kering mencapai puncak prestasi operasi (best grip) ketika suhu permukaan tayar di antara 900C dan 1200C (Air mendidih mendidih pada 100C)  

14 - Pada kelajuan tertinggi., tayar F1 berputar 50 kali per saat.

Comments

Popular posts from this blog

Rumah Atas Pokok

Asal-usul cerita hantu kak limah

47 Fakta menarik yang patut dikongsi