Sebelum Bertemu 'Telaga Emas'

Sebelum bertemu 'telaga emas' kehidupan, mereka ini bangsat, ada yang pernah menjadi badut, pembersih kandang singa dan penggali kubur. Tapi... mereka tidak pernah jemu menggali rezeki sehinggalah menemui sendiri 'telaga emas' kehidupan yang dicari-cari. Bill Gates Sebelum bergelar jutawan seperti sekarang, pengasas Microsoft ini pernah bekerja sebagai budak suruhan atau office boy di sebuah syarikat kongres. Bill Murray Sebelum dikenali sebagai pelakon, lelaki ini bekerja sebagai penjual kacang di kaki lima pusat beli-belah. Slyvester Stallone Asalnya dulu bekerja sebagai pembersih kandang singa.